Link Link Best!!!!

Sunday, March 21, 2010

Show Your Love.......

Kata orang, bila kita sayang seseorang, rindukan sesorang, kita kena tunjukkan perasan kita yang sebenarnya....tunjukkan pada orang itu, betapa pentingnya dirinya buat kita... (aku dah buat)....Kata orang, kehidupan adalah guru yang sebenarnya, memberi kita pengalaman baru setiap hari, tidak kira manis, pahit, suka, dan juga duka...(aku sentiasa belajar)....

Aku seorang lelaki yang boleh tahan egonya....memang ego sebenarnya..tapi aku juga boleh ketepikan ego itu bila aku berhadapan dengan orang yang aku dambakan...aku seorang yang berkira..apa yang aku buat..aku akan pastikan hasilnya berbaloi..maka, bila keadaan memerlukan aku menanggalkan ego itu dari pakaian aku..aku akan buat.

Tetapi aku juga sorang yang praktikal...maksud aku..bila aku sudah melakukannya, aku juga ingin lihat hasilnya.. walaupun hanya sekadar dapat membuat aku senyum dan senang hati.... dan bila aku tak dapat apa aku inginkan, aku tak betah untuk berhadapan, akan aku cuba untuk menyembunyikan riak rasa yang mula berubah...rasa itu mudah tersentap, walaupun tanpa disedari pemainnya....

Aku kesitu hari ini untuk menatap orang yang kononnya begitu aku dambakan....datang dengan hati yang penuh warna pelangi....mencuba untuk menceriakan hari yang sedang pilu...tapi, layanan yang aku dapat, bagaikan tiada kewujudan aku disitu....orang lain yang lebih sedar dan seolah menantikan kehadiran aku...Adakah dari bibirnya yang sebelum ini bisikkan padaku kalimah ajaib itu??? Aku sangsi...

Benar, takkan mungkin dapat aku kosongkan lagi hati ini untuk jiwa yang lain, tetapi, aku akan cuba seikhlasnya menjaga jiwa yang memang tidak aku minta lansung hadir... 


Thanks for the time that you've given me
The memories are all in my mind
And now that we've come to the end of our rainbow
That's something I must say out loud

                Lionel Richie - Three Times A Lady


Tidak mengapa untuk aku sarungkan semula ego ini rasanya....dan biarkan sahaja sebagaimana yang sepatutnya...... Tapi aku benar-benar ingin dirinya tahu, dia memang sudah tersemat dalam hati ini... tinggal sahaja bagaimana cara untuk aku mencabutnya dari tempat itu..


CAU!!!

7 comments:

  1. Sorry...teremosi sket...sebab tu aku tak suka hujan....

    ReplyDelete
  2. fren.we should have a long super slow talk alone. ;) muahahha.aku tak boleh tido. dah gile.. skang 5.49am ok..

    ReplyDelete
  3. gile la ayt...fuh...bole replace a.samad siad neyh...nway...siapekah insan tersebut kn....rs mcm jmpe tiap2 ari...tp xtaw siape...hahahaha

    ReplyDelete
  4. betul ke shazz jumpa tiap-tiap hari....kesilapan nihhhh...hahaha

    ReplyDelete