Link Link Best!!!!

Sunday, May 30, 2010

Khayal.......

Masih lagi dalam bilik bercat putih empat segi ini.....yang kian sempit dengan segala macam sesuatu yang septutnya dan tidak sepatutnya ada....diselangi dengan bau rokok yang keras menusuk hidung...masih lagi setia bilik ni menerima aku...mungkin dalam paksa...mungkin juga rela...mungkin kerana bilik ini juga ingin ditemani..

Aku masih buntu.....tiada aliran....tersekat umpama longkang yang tersumbat...hahaha...paling tepat rasanya menggambarkan aku...

Okay...enough...lately, aku semacam rasa ada sesuatu yang tak betul, yang tak sepatutnya berlaku....semacam ingin diluah, tapi rasa wajar saja disimpan untuk diri sendiri....mungkin salah satu cara untuk menginterpretasikan (betulkan kalau salah) perasaan masing masing.....yang sudah mula rasa tekanan dan ditekan dari segala sudut...

Aktiviti aku....sepanjang bulan lima ni memang paling takde aktiviti......tak tau la nak gambarkan macam mana dah...hahaha...tapi, untuk awal bulan enam ni...aktiviti aku dah penuh....untuk minggu pertama tu nanti...empat dan lima Jun nanti aku akan ke negeri sembilan...salah seorang member susah senang aku akan kawen....so, aku diminta menemani dan jadi pengapit dia...hehehe..kali kedua aku akan jadi pengapit pengantin...agaknya betul la orang cakap pengapit ni nanti lambat sampai jodoh...dan enam jun pulak aku akan bergerak pulak ke perak, pun majlis perkahwinan.....kali ni kat rumah pakcik aku...so, semua masa dimaksimumkan sebaik mungkin...

Dan juga, perancangan yang aku rancangkan untuk minggu kedua tu...mungkin terpaksa ditangguhkan....giler apa, dalam keadaan macam nih...ada hati lagi nak mengikat janji...takut aku....nanti dimakan oleh janji...huii...tapi, aku akan usahakan juga supaya jadi sebelum puasa nanti....Maafkan saya ye awak.....

Kebelakangan ni pulak aku dapat berhubungan semula dengan kawan kawan sekolah lama, biarpun setakat kawan semasa stpm dulu...tapi cemburu tu masih ada pada mereka...tengok anak anak diorang yang comel comel...dengki betul rasanya.....hmm...bila lagi la turn aku.....

Rindu.....aku rindu pada keluarga aku.....pada mak, abah dan dua orang adik aku yang kian cantik dan comel...rindu pada katil aku,. bantal aku, baju baju lama aku dan juga kawan kawan aku yang setiap kali mengajak aku balik tika berbual....mungkin kali ni bila aku balik, aku akan sesat semula bila keluar jalan jalan kat Kota Bharu...malunyer....

Saat saat macam ni, aku rasa sangat bernasib baik kerana mempunyai sesorang yang dapat aku jadikan tempat aku berpaut....sentiasa menyokong aku, walaupun dalam kepayahan...terima kasih sayang...tak tau apa nak buat kalau dia tiada, mungkin aku kat kampung sekarang ni, keje jual burger jek....

Sekarang aku dalam proses berhenti merokok, cuba perlahan perlahan, walaupun masih dileteri setiap kali aku merokok...dah nak buat macam mana, mana boleh tahan..lepas makan mesti nak merokok nyer...tak dapat berhenti secara drastik, cuma kuantiti cuba dikurangkan sehari demi sehari... 

Apa lagi....banyak sebenarnya yang aku ingin aku kongsikan.....tapi wajar rasanya aku simpan sedikit untuk diri sendiri....antara yang mampu, aku teruskan berdoa supaya dikurniakan rezeki yang halal dan cukup untuk aku menunaikan kewajipan aku....

Dan....masih setia bilik empat segi ini menerima aku, dan bau rokok itu, dan bunyi kipas dari CPU komputer aku.....aku sayang bilik ini....

CAU!!!!!





Wednesday, May 12, 2010

Kacau Bilau.............

Semua suka pada ketenangan....Semua suka kepada hal hal yang menggembirakan....Ini menunjukkan, jika ada seseorang yang suka pada keadaan yang bertentangan dengan konsep ketenangan dan kegembiraan, maknanya ada sesuatu yang tidak kena...Selamatkanlan insan itu sebelum dia membuat keputusan yang tidak sepatutnya....

Okay, orang selalu menggambarkan hati dengan sesuatu yang dapat menzahirkan perasannya...contoh, dalam hati ada taman, hati yang berbunga, hati kering, hati tisu, dan macam macam lagi yang sesuai untuk digambarkan..tapi bagi aku, aku rasa buat masa sekarang, hati aku dalam keadaan kacau bilau...sesuatu yang aku tak suka dan sangat aku hindarkan....

Aku tak suka perasaan ini, aku jenis yang suka ketenangan dan kedamaian....bila jadi macam nih....aku akan cuba cari jalan untuk menjerit sepuas hati, memandu selaju mungkin, menuturkan sesuatu yang menyakitkan hati, dan sebagainya lagi....payah kata, ianya benda yang negatif!!

Bosan bila jadi macam nih....dan sangat sukar untuk menutup perasaan ini bila bersama sama orang lain...lebih baik duduk saja di penjuru mana mana...dan melayani kacau bilau ni tanpa menyusahkan sesiapa....walau hakikat, ia hanya menambahkan beban....dan mendatangkan persoalan pada sesiapa sahaja..

Kesudahannya, ruang ini jadi tempat luahan hati....seterusnya dibaca...dikomen...dan akan berlaku tindak balas berantai...mungkin masa tu...aku dah normal semula...dan hati aku sudah tenang...

CAU!!!!!!

Tuesday, May 4, 2010

Tercari-cari..........

Selepas dah masuk bulan ketiga aku menganggur nih......rasa best je hidup nih...tinggal lagi yang tak best bila memikirkan benda benda yang tak best tapi tetap kena fikir jugak.....tapi keseluruhannya...hidup aku masih pada takat Ok jer...takder sesuatu yang WOW!!! datang lagi setakat nih...hihih

Minggu lepas aku gi bekas ofis.....bila dah pergi.....terpaksa la jadi hepi giler...jumpa kawan kawan....jumpa kawan kawan jelah...orang lain tak dapat jumpa pun....dan aku sendiri tak buat appoinment lain lagi bila lak nak gi sana semula...

Sebab aku dah rasa tak best....sekutu sekutu kata ni peluang aku...grab dis opotuniti...sebab peluang lain payah nak dapat sekarang nih..tapi aku rasa..entahlah...kenapa???? peluang apa sebenarnya???? kesian??? patut ke aku dikasihani???? dari mula sekutu bagitau pasal hal ni...sampai la masa aku tulis artikel nih...aku masih fikir lagi...tapi yelah...fikir saje tanpa tindakan takde bagi kesan apa pun....

Sarkastik....perkataan ni mula mula aku tak tau apa maknanya...lepas aku terdengar kat dalam tv dan mencari kat kamus..maka aku temui maksud perkataan ini..maksudnya; bersifat menyindir (dgn kata yg tajam, pedas) yg boleh menyakitkan hati seseorang: kata-katanya yg sangat ~ itu menyebabkan kami terpaksa berfikir panjang. (kamus dewan edisi empat)


Ok..aku suka fakta....dan aku suka bercakap dengan fakta yang secukupnya....kecuali masa aku sedang bergurau senda atau kutuk kutuk orang.....tu pun aku kutuk orang dengan fakta yang sesuai....aku tak suka ayat aku kosong...takde makna dan tak berguna...kena ada maksud sama ada secara tersirat atau tersurat...


So, bila dicerminkan pada aku...maknanya aku sebolehnya takkan cakap kalau sesuatu tu tak betul...aku tak suka buat cerita...tak kiralah untuk kepentingan diri sendiri atau kepentingan orang lain.....sebab..dari aku buat cerita..baik aku menipu terus...tu pun kena ada fakta jugak...menipu tanpa fakta...samalah macam ko tikam diri sendiri guna gunting rumput tuh...


Aku jugak akan terima bila orang cakap sesuatu yang betul pada aku...faktanya aku ada buat salah....okay...aku mengaku aku buat salah....walaupun salah yang aku buat tuh....tak boleh menyebabkan orang lain dimarah oleh pengguna akhir...sedangkan dalam waktu yang sama....ada sepuluh benda yang bagus aku dah buat...yang kalau aku tak buat....semua orang boleh kena marah dengan dengan tenangnya...tapi...bila dah buat salah...yang salah itulah orang akan ingat...maksud aku oleh orang orang kebanyakan macam kita semua nih...

Sarkastik.....aku takde niat pun nak menyindir sesiapa....sebab lebih best bagi aku kalau dapat kata depan muka...aku suka bila dapat meluahkan sesuatu yang betul...dan bagi golongan yang terpelajar dan cerdik serta menduduki tempat yang dihormati oleh orang lain...sindiran adalah sesuatu yang normal...sindiran akan mengajar kita secara halus apa yang salah...dalam dunia ini..orang orang yang berani menyindir..akan dihormati..dan dalam masa sama akan dikeji...maka sebab itu...sindiran itu mestilah diumpamakan dengan kritikan yang membina..jangan menyindir sekadar menyindir...jangan menegur hanya kerana aku tak suka kau...kau tak suka aku...sindiran dan teguran boleh la dikatakn satu subjek yang sama...digunakan untuk menegur sesuatu yang salah....

Nak bukti???baca sahaja tulisan S.H Al-Attas....sindiran dia penuh ilmu...aku banyak belajar dari penulis ini...walaupun dalam masa sama..aku tahu dia tak disukai oleh ramai yang mengaku cemerlang, terbilang, gemilang...golongan yang mengaku maju....tetapi sebenarnya jumud...

Salah aku...kerana mengikut kata hati...tapi dalam masa sama...aku juga mengikat perjanjian..aku akan berundur jika masih ada lagi salah yang aku buat...maka, bila dah terpampang depan mata...aku buat salah...maka, hidupla sebagai manusia yang bernaruah...

Bercakap benar, kurangkan menipu, hidup dengan penuh integriti, fahami isi hati orang lain, jangan suka jadi kaki ampu..depan bos buat rajin giler...bos takde, layan you tube.....buat kerja sendiri, jangan menyibuk dengan kerja orang selagi orang tak mintak tolong, sayangi diri sendiri, jangan tamak, cubalah berkawan dengan semua orang, jangan perasan diri tu best, hormat menghormati, fahami keadaan orang sebelum nak marah marah,banyak lagi tapi malas nak tulis...lagipun pembaca aku bukan ramai pun...errmmm..

Aku tak tau apa jadi dengan keadaan yang dikatakan sarkastik tuh....adakah dah berubah, atau sama jek...tapi aku amat berharap supaya berubah..sebab ada tujuannya aku ber sikap begitu...biarlah aku tak dapat keadilan yang sepatutnya pada anggapan aku....tapi yang penting...kawan kawan aku akan rasa lebih tenang dan senang hati mencurahkan bakti demi membayar bil tiap tiap bulan...

dah la...cukup dulu dengan sarkastika aku nih...nanti makin ramai folower lak aku....bukan best sangat pun aku nih...elok2 ada 51% yang suka kat aku...bila artikel ni orang ramai baca..terus surut jadi 14%...tak nak aku...

tetiba aku teringat kartun badang makan muntah jin...salah satu dialognyer..." bukang ada nama pung ikang nih!!!!!"..hahah

CAU!!!!!