Link Link Best!!!!

Sunday, May 30, 2010

Khayal.......

Masih lagi dalam bilik bercat putih empat segi ini.....yang kian sempit dengan segala macam sesuatu yang septutnya dan tidak sepatutnya ada....diselangi dengan bau rokok yang keras menusuk hidung...masih lagi setia bilik ni menerima aku...mungkin dalam paksa...mungkin juga rela...mungkin kerana bilik ini juga ingin ditemani..

Aku masih buntu.....tiada aliran....tersekat umpama longkang yang tersumbat...hahaha...paling tepat rasanya menggambarkan aku...

Okay...enough...lately, aku semacam rasa ada sesuatu yang tak betul, yang tak sepatutnya berlaku....semacam ingin diluah, tapi rasa wajar saja disimpan untuk diri sendiri....mungkin salah satu cara untuk menginterpretasikan (betulkan kalau salah) perasaan masing masing.....yang sudah mula rasa tekanan dan ditekan dari segala sudut...

Aktiviti aku....sepanjang bulan lima ni memang paling takde aktiviti......tak tau la nak gambarkan macam mana dah...hahaha...tapi, untuk awal bulan enam ni...aktiviti aku dah penuh....untuk minggu pertama tu nanti...empat dan lima Jun nanti aku akan ke negeri sembilan...salah seorang member susah senang aku akan kawen....so, aku diminta menemani dan jadi pengapit dia...hehehe..kali kedua aku akan jadi pengapit pengantin...agaknya betul la orang cakap pengapit ni nanti lambat sampai jodoh...dan enam jun pulak aku akan bergerak pulak ke perak, pun majlis perkahwinan.....kali ni kat rumah pakcik aku...so, semua masa dimaksimumkan sebaik mungkin...

Dan juga, perancangan yang aku rancangkan untuk minggu kedua tu...mungkin terpaksa ditangguhkan....giler apa, dalam keadaan macam nih...ada hati lagi nak mengikat janji...takut aku....nanti dimakan oleh janji...huii...tapi, aku akan usahakan juga supaya jadi sebelum puasa nanti....Maafkan saya ye awak.....

Kebelakangan ni pulak aku dapat berhubungan semula dengan kawan kawan sekolah lama, biarpun setakat kawan semasa stpm dulu...tapi cemburu tu masih ada pada mereka...tengok anak anak diorang yang comel comel...dengki betul rasanya.....hmm...bila lagi la turn aku.....

Rindu.....aku rindu pada keluarga aku.....pada mak, abah dan dua orang adik aku yang kian cantik dan comel...rindu pada katil aku,. bantal aku, baju baju lama aku dan juga kawan kawan aku yang setiap kali mengajak aku balik tika berbual....mungkin kali ni bila aku balik, aku akan sesat semula bila keluar jalan jalan kat Kota Bharu...malunyer....

Saat saat macam ni, aku rasa sangat bernasib baik kerana mempunyai sesorang yang dapat aku jadikan tempat aku berpaut....sentiasa menyokong aku, walaupun dalam kepayahan...terima kasih sayang...tak tau apa nak buat kalau dia tiada, mungkin aku kat kampung sekarang ni, keje jual burger jek....

Sekarang aku dalam proses berhenti merokok, cuba perlahan perlahan, walaupun masih dileteri setiap kali aku merokok...dah nak buat macam mana, mana boleh tahan..lepas makan mesti nak merokok nyer...tak dapat berhenti secara drastik, cuma kuantiti cuba dikurangkan sehari demi sehari... 

Apa lagi....banyak sebenarnya yang aku ingin aku kongsikan.....tapi wajar rasanya aku simpan sedikit untuk diri sendiri....antara yang mampu, aku teruskan berdoa supaya dikurniakan rezeki yang halal dan cukup untuk aku menunaikan kewajipan aku....

Dan....masih setia bilik empat segi ini menerima aku, dan bau rokok itu, dan bunyi kipas dari CPU komputer aku.....aku sayang bilik ini....

CAU!!!!!





3 comments:

  1. sungguh! aku sangat terpesona dengan laras bahasa ko.

    ReplyDelete
  2. mmg best ar cite dia.blh buat novel.mesti laku kat pasaran n org adlh insan yg pertama menjadi peminat novel dia.

    VG

    ReplyDelete
  3. Terima kasih ye kerana membaca dan juga memberi komen....

    ReplyDelete